28 Januari 2011

Menjana Pendapatan

Salam untuk semua blogger.
Hari ni dah hari Jumaat (penghulu segala hari). Jumaat yang terakhir bagi bulan Januari 2011. Adus! Cepat sungguh masa berlalu. Pagi ni masa on the way nak gie keje terfikir-fikir nak mulakan perniagaan. Tengok orang berniaga ni mcm best aje. Encik Suami kebetulan pagi ni nak menggunakan kereta antikku, jadi dia terpaksa menghantar aku ke opis. Aku ape lagi pot pet, pot pet menyembang. Aku ambik kesempatan ni menyuarakan hasrat hati nak berniaga. Sebenarnya aku ngan dunia perniagaan ni memang jauh panggang dari api la... Memang bukan bidang dan minat aku le.. Tapi bila tengok kawan-kawan dah berjaya, teringin pulak nak berniaga. Korang rasa-rasa aku nak berniaga apa? Sekarang ni macam-macam perniagaan ade. Rasanya kalau nak berniaga ni kena ade minat. Pilih yang sesuai dengan kita.. Tengok permintaan pasaran. So setelah dikaji dan diselidik, aku ni seorang peminat kain pasang dan jugak tudung. Orang perempuan memang gemar perniagaan yang hampir dgn dirinya. Tapi bolehkah aku berniaga? Kalau tak cuba tak tahukan? Encik Suami pun dah merestui bakal perniagaan yang aku nak jalankan. Dan yang paling penting Encik Suami sudi mengeluarkan modal permulaan utk projek pertama dan seterusnya dengan kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Terima kasih Encik Suami kerana menyokong usaha isterimu yang ingin menjana pendapatan.  Aku tengah dok cari target group aku.. Setakat ni dah nampak beberapa target group yang berpotensi. Aku mohon korang especially rakan blog yang sentiasa membaca nukilan aku ni mendoakan kejayaan aku. Semoga usaha aku ni berjaya seperti yang diimpikan..
Tengah dok menentukan Jaringan Perniagaan!

Penulisan, pandai ke nak mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari?

Jual kain, mungkin sesuai untuk aku.

"Pertanian adalah perniagaan" Sesuai tak aku bergelar Petani Wanita Berjaya!

Perniagaan berasaskan teknolgi maklumat ok jugak kan?

(Rangkaian gambar adalah dipetik daripada Google Images)


Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy