Salam kepada semua blogger.
Minggu yang memenatkan hampir berakhir esok, esok bagi minggu ni aje. Minggu depan cerita lain pulak. Sibuk dengan keje yang tak pernah abis-abis. Mingu ni memang tak sempat nak memaparkan entri baru, cuma Selasa lepas sempat menerbitkan satu entri sempena Hari Wanita. Hari ni nak bercerita dan berkongsi pengalaman dengan rakan blogger tentang kesibukan keje pada minggu lepas. Sibuk? Sibuk sangatkah? (sendiri fikir sendiri tahu).
Minggu lepas sibuk ngan keje2 urgent. Nak confirm design utk beg, buku nota dan pen bagi Majlis Pelancaran Transformasi Usahawan AIM 1Malaysia. 2 minggu lepas jugak ramai yang kena menghadiri kursus kompetensi di Taiping. Aku biasa le sentiasa panik bila nak benda urgent tapi PO (Purchase Order) tak dapat dikeluarkan dek kerana masih tak pasti di pihak aku, orang lain dan seangkatannya.. Cuba berlagak mcm semuanya dapat dibereskan dalam masa yang terdekat. Menggunakan kepercayaan pembekal untuk membuat design dulu sebelum PO dikeluarkan. Dalam hati tu Tuhan saja yang tahu, kalau PO tak dapat dikeluarkan, sape nak tolong aku bayar semua barang tu dengan harga berbelas ribu tu. Alhamdulillah, semua berjalan agak lancar. Terima kasih kepada pihak pembekal yang sentiasa mempercayai organisasi kami. Jasa kalian tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Terima kasih jugak kepada rakan sekerja yang sudi menolong aku biar dalam apa keadaan sekali pun.
Majlis tu berlangsung di Pekan, Pahang pada 5 Mac 2011 (Sabtu). Aku and the geng dah bertolak ke sana pada hari Khamis..Barang-barang yang banyak tu terpaksa dimasukkan ke dalam lori 1 tan yang disewa last minutejugak tu. Kami (aku dan 3 rakan sekerja yang tak sama jantina) menaiki van. Malam jugak la sampainya sebab dah petang bertolak dari KL. Nak dijadikan cerita, kami sedikit blur pada masa tu mencari tempat penginapan yang telah ditempah tu tak jumpa. Menggunakan logik akal, kalau ada Taman Inderapura, resort tu mesti kat kawasan sekitarnya anggapan kami le. Rupanya meleset jangkaan kami tu.. Kat Taman Inderapura ada Indera Sempurna Resort! Ermm. berputaq-putaq kami mencari, rupa-rupanya kami terlepas papan tanda yang kami dah lalu 2x tu! Hampeh betul. Kengkawan yang baik hati pulak suka la menyakat dengan HANTU KAK LIMAH, sebab hari dah malam dan aku sorang pulak tu! Nasib baik takde Kak Limah, Ayu atau Cik Nin yang melawat aku masa kat sana.
Catat Ulasan