Memulakan hari Isnin dengan semangat yang tinggi. (tinggi ke?) Cuti sekolah dah pun bermula, jalan hari ni pun lengang sikit. Senang sikit Kancil merah aku nak lalu sikit. Hari ni kongsikan sedikit cerita pada minggu lepas. Konon-konon nak update cerita le ni. Minggu lepas minggu yang boleh dikategorikan sebagai minggu yang terlalu sibuk. Hari Isnin dan Jumaat aje yang lapang sikit. Hari Selasa sibuk dengan Majlis Penyerahan ISO 9001:2008 di Institut Integriti Malaysia (IIM). Hari Rabu dan Khamis sekali lagi ke IIM untuk menghadiri Kursus Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.
Kursus ni dikendalikan oleh trainer dari SIRIM. Memang best jugak la. "Customer Always Right" dan "Customers is King" tak le valid sangat pada masa kini. Walau bagaimanapun organisasi perlu melihat aduan dan maklum balas pelanggan sebagai elemen penting untuk memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan kecekapan pelaksanaan sistem dalam konteks MESRA PELANGGAN. Dalam kursus ni juga, peserta telah didedahkan cara-cara menangani aduan dengan efektif. Rupa-rupanya tanggungjawab yang ada kini di Unit Komunikasi Korporat tidak boleh dipandang remeh.
Dalam banyak-banyak perbincangan yang dibuat dalam kursus ini, kakitangan yang khusus dalam menerima dan menangani aduan pelanggan memang perlu diwujudkan. Kalau aku memang "out" le, tapi tugas tu aku ambik jugak, takkan nak dibiarkan telefon terus berdering. Takkan nak biarkan pelanggan datang mengadu kat opis. Balik-balik aku mesti jawab kat pelanggan yang datang, NAPE DATANG? TELEFON KAN SENANG.. Boleh ke jawapan mcm tu? Hehehe.. nak jadikan standard soalan le ni. Key word penting yang aku dapat dalam kursus ni ialah Menangani Aduan Pelanggan dengan Sabar. Menjadi Pendengar yang Setia. Maklum Balas yang Positif. Menangani Aduan yang Valid sahaja.
Saya Anne Hussin melaporkan dari IIM untuk anda. |
Terima kasih Encik Nazim Harun, Pusat Pengurusan Kualiti dan Perusahaan SIRIM Berhad |
Aduan dan maklum balas pelanggan tanggungjawab kami |
Kami akan memastikan setiap aduan dan maklum balas pelanggan ditangani dengan cekap dan mesra pelanggan |
Catat Ulasan