Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

17 Mei 2012

Corat-coret di Bangladesh

Salam sayang..

Hazrat Shahjalal International Airport - Bangladesh
Dah lama rasanya tak menulis apa-apa entri dalam blog kesayangan ni. "Kekangan waktu" alasan klise yang boleh aku katakan. Dalam entri kali ni aku masukkan beberapa gambar semasa aku ke Bangladesh. Bukan destinasi percutian ye.. tapi menghadiri International Workshop and Training: Micro Credit Delivery System and Good Governant for Rural Development. Macam best aje kan.. Alhamdulillah.. Kalau ikutkan hati memang la rasa tak best, tapi kena bersykur sebab kali ni tempat training lebih baik berbanding tempat kursus kawan aku tahun lepas.. Hakikatnya alangkah bertuahnya aku menjadi warganegara MALAYSIA. Negara yang cantik, ekonomi yang stabil dan hidup dalam keadaan aman dan damai. Kesesakan lalu lintas untuk warga kota lebih mendamaikan jiwa berbanding di sana... Jom kita tengok gambar (baru sikit).. nanti aku kongsikan lagi...
From Airport to Guest House
Stop to refueling opss not refueling but to fill CNG 

11 Februari 2012

Warna-warna Kehidupan

Selamat pagi semua. Pagi ni dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah... Membuang segala rasa malas ke tepi.. mencari ketenangan dalam menyiapkan beberapa buku sebagai penulis bebas. Ops, sebenarnya aku terlupa nak bagitahu ye.. aku masih lagi makan gaji seperti biasa. Dalam masa yang sama rezeki Allah berikan kepada aku. Aku ditawarkan menulis 3 buah buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2 SJK (C) oleh sebuah syarikat penerbitan. Di syarikat inilah aku mula bertapak mencari pengalaman dalam dunia editor selepas menamatkan pengajian dari UiTM, Shah Alam.

Berkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Fakulti Komunikasi dan Media (Penerbitan) aku memikul tanggungjawab sebagai Editor Bahasa Melayu di syarikat ini. Menimba ilmu selamat 4 tahun lebih di syarikat ini.. Bekerja di sini memberikan aku pengalaman yang bermakna. Aku mula belajar editing, proof reading, dan dunia penulisan. Tanggungjawab ini membawa aku kembali ke alam pengajian. Atas dasar ingin belajar, aku kembali menyambung pengajian di Universiti Malaya. Masa ni aku dah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Menggalas amanah sebagai mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu. 

Di APM, aku tahu tangggungjawab ini tidak mudah. Aku perlu bersaing dengan fresh graduate yang mengambil jurusan yang sama. Aku tak pernah belajar Bahasa Melayu secara khusus, namun menyedari Bahasa Melayu itu perlu dikuasai. Aku sebelum ini tidak pernah tahu Bahasa Melayu itu luas lingkupnya. Di sini  aku belajar.. Aku akhirnya menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Akhirnya aku dapat menggenggam Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Melayu. Melebarkan sayap kerjaya di satu organisasi badan berkanun. Selama 1 tahun lebih aku menimba pengalaman di sana. Akhirnya aku ditawarkan bekerja di ogranisasi NGO. Kini dah masuk tahun keempat aku di organisasi ini. Alhamdulillah.. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Di mana kita bekerja di situ ada amanah yang perlu dilaksanakan. Mencari ilmu biar sampai ke negeri China....

2 Mac 2011

Hikarimoji Lights Graffiti

Salam kepada semua blogger.
Macam mana dengan hari anda? Ermm harap-harapnya semua berjalan mengikut landasan yang betul. Hari aku untuk dikongsi bersama-sama rakan blogger. Hari dah Selasa, cepat memang cepat masa berlalu. Kejap aje 2 minggu berlalu, kejap aje Encik Suami dah balik ke offshore. Sedih memang sedih.. 2 minggu mcm 2 hari aje dek kesibukan yang memanjang. Aku sibuk, Encik Suami lagi sibuk. Nanti aku ceritakan catatan perjalanan Encik Suami aku selama 2 minggu di darat. Ermm.. harap-harap sgt kali ni projek yang dijalankan oleh Encik Suami menjadi. Kalau meletup projek yang diusahakannya, aku tumpang gembira. Ok kita tutup dulu kisah Encik Suami. Sekadar ingin berkongsi cerita di hari Sabtu yang lepas. Hari Sabtu baru-baru ni memang penat sgt. Bibikku nak bercuti, mak aku sibuk nak gie kedai emas (Nak kata mami bukan mami pun, tapi dah nama mai dr Penang memang ala-ala mami ler).

Encik Suami yang sibuk tu aku tinggalkan di rumah. Abah aku biasa la tak ambik port langsung bab-bab nak jalan ke ape ke, ikut suka sebab dia dah tak dapat bergerak ke mana-mana. Sedih tau aku tengok abah, kalau tak dipapah atau didukung mesti kat situ aje la duduknya. Rutin memandikannya di hujung minggu tetap aku galas. Nak harapkan mak aku, memang tak larat dek kudrat yang makin lama dimakan usia. Abah, aku sebenarnya rindu nak tengok waktu-waktu lapang abah diisi dengan pelbagai tugas. Abah suka menyapu sampah, mengemas, dan mcm-mcm kerja yang lain. Jarang aku lihat abah tidur di siang hari. Tapi sekarang, dia cuma duduk dan tak ke mana-mana. Siangnya diisi dengan tidur yang lena, malam dia masih lagi mcm tu, kadang-kadang berjaga sebab dah terlebih tidur di siang hari. Sayu pulak aku melihat abah.

Stop, tak nak nangis. Ok jom kita lihat aktiviti aku pada hari Sabtu. Pagi-pagi sibuk menyediakan sarapan. Nasi lemak (permintaan mak aku ni). Dah siap semua, bibik pun dah siap berkemas, aku membawa semua puteriku bersama mak dan bibik ke kedai emas seperti yang dijanjikan. Mulanya mak aku tu nak tempah cincin sebab ada org hadiahkan batu dr Makkah utk dia. Tukang emas tu kata RM800. Mak aku membatalkan niat. terkejut dia.. mahal sgt katanya.. Memang la mak harga emas sekarang RM158/gram. Fuh! memang mahal. Akhirnya dia membeli sebentuk cincin belah rotan dan sepasang anting-anting utk Angah.Terima kasih mak. Adik pun siap tindik telinga buat kali pertama. Menangis jugak maybe terkejut kot..Balik dr kedai tu ke The Store pulak (Sesi jalan-jalan).

Nak ceritanya malam ni tengok Majalah3. Memang best sgt. Sempat tengok teknik fotografi yang digabungkan dengan teknik pencahayaan. Anak Malaysia yang membanggakan. Hikarimoji Lights Graffiti (ni le namanya). Memang tabik habis...menakjubkan hasilnya namun memerlukan kesabaran yang tinggi. Cantik masa dia ambik gambar pengantin.. Ade bentuk LOVE dan di tengah-tengah tertulis perkataan CINTA. Memang cantik! Tak sama dengan teknik yang dibuat menggunakan teknik berkomputer. Hebat! Hebat! Kalau sesapa nak lihat tu boleh cari di FB www.facebook.com/hikarimojilightsgraffiti atau di blogspot http://hikarimoji.blogspot.com Ermm.. teringin pulak nak ambik gambar mcm ni? Ambik gambar family ok jugak! Mesti gempak punya! Angan-angan aje la..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy