Memaparkan catatan dengan label Kekeluargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekeluargaan. Papar semua catatan

11 April 2011

Sedikit Rasa Kekesalan...

Salam kepada semua blogger.
Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi menyokong usaha aku untuk berkongsi cerita di blog kesayangan ni? Terima kasih kepada semua yang sudi follow blog BicaraQaseh. Hari ni (Minggu ni) aku nak berkongsi cerita dan pengalaman mengenai KECUAIAN.

Bukan nak menunding jari kepada sesiapapun, bukan nak kata diri aku ni perfect dan tak pernah cuai. Tapi di sini aku sekadar menulis utk kebaikan semua dan jadi pengajaran buat diri aku sendiri. Semalam bila aku sampai kat rumah, ade kereta parking nun depan pagar aku yang antik. Nape la tak perking aje kat dlm kawasan rumah aku, bukan kena bayar pun. Sebagai pemandu berhemah (berhemah konon, Encik Suami selalu mengingatkan aku tentang statistik kemalangan yang kerap kali melibatkan aku), beberapa kali aku mengundur (reverse) kereta ke depan dan ke belakang agar dapat mengelakkan kerete orang tu dilanggar. Marah jugak la, tapi aku tak tunjuk. Bila nak masuk kat porch tu anak-anak dah meluru.. Apa lagi aku siap buat isyarat tangan supaya anak-anak tak mengikut kereta aku yang masih bergerak. Takut terlanggar sebenarnya. Budak-budak bukannya tahu.. yang tahu mama diorang balik, mesti belikan ape-ape.

Gambar Hiasan
Rupa-rupanya orang yang parking kereta kat luar tu customer (mcm kontraktor pulak!) nak beli bumbung terpakai yang tersadai di depan rumah aku tu. Alhamdulillah.. Settled bab customer tu, aku pun masuk rumah. Bibik pulak bagitahu aku tentang berita yang tak baik.. Beritanya ialah TUDUNG ARIANI BIRU yang dihadiahkan oleh kawan aku dari Sabah terkena warna tudung yang baru aku beli di Jalan TAR minggu lepas. Berderau jugak darah ni, mana tidaknya aku ni ade satu tudung aje yang jenamanya Ariani, yang lain semuanya cap Jalan TAR, pasar malam Paya Jaras dan The Store. Nape la..hang (keluar dah bahasa Penang aku) rendam sekali dah tahu tudung tu baru aje aku beli. Selamat le tudung Ariani aku tu. Habis kat awning tu ade tompok2 merah. Boleh dia jawab takpe nanti kita gantikan dengan kain lain. Senang aje jawabnya. Tu tudung kawan aku yang bagi tau! Dah le pagi tadi aku tengok seterika tak tutup. Slamba lagi jawab baru aje bu, baru malam tadi tak tutup. Waktu kau jawab tu pukul berapa? Pukul 6:00 pagi! Adoi! kalau terbakar rumah aku dengan kau sekali terbakar tahu tak? Macam ni nak mintak naik gaji?

Hari selepas kejadian ni (Jumaat lepas) sekali lagi darah aku naik (mungkin sampai ke tahap maksima). Ape tidaknya, pekerja yang mengutip timun tu menyusahkan hidup aku. Dah beberapa tak datang, aku yang terpaksa mengutip sehingga ke senja, pergi jual hingga ke pukul 10:00 malam. Ni dah datang tapi tetap menyusahkan hidup aku. Kenapa la korang letak timun atas simen. Berapa kali aku dah bagitau, timun cepat rosak kalau letak kat simen. Bila aku cakap, korang (Maskur, kawan Maskur dan bibik aku) bercakap dalam bahasa Jawa, mesti mengata kat aku le tu.. Jadi malam ni timun2 aku tu memang tak boleh jual langsung kecuali 10kg aje, yang lain aku bagi free aje kat orang (lebih daripada 30kg).

Gambar Hiasan
Kejadian macam ni boleh aku simpulkan. Kebaikan tidak semestinya dibalas kebaikan. Aku ingat dengan berbuat baik kat orang, orang akan membalas kebaikan kepada aku. Salah sama sekali. Aku cuma berdoa agar korang (termasuk bibik aku sekali) kembali merenungi nasib korang yang dilayan dengan baik semasa berada di Malaysia. Korang dapat bekerja dengan majikan seperti aku (tak kisah  kalau korang selalu bangun tidur lebih lambat dari aku), korang dapat duit dengan banyak dan dapat membuat kerja sampingan (menjahit dan sebagainya), korang dapat makan dan minum percuma. Kepada pekerja Encik Suami pulak, korang tu orang alim, semua orang kampung kenal tentang keilmuan korang, tapi jangan buat kerja semata-mata nak dapatkan uang (duit) saja. Korang tahukan bahawa rezeki tu dari Allah. Sendiri fikir-fikirkan bahawa korang sangat bertuah menumpang kasih di bumi Malaysia. Bukan anti kepada warga serumpun, cuma sedikit rasa kekesalan..

6 April 2011

Kisah yang Mesti Dibaca!

Salam sayang kepada semua rakan blogger.
Setiap hari menanam azam untuk menulis entri dengan kadar yang cepat. Semangat tinggi nak tulis dan nak pos sekurang-kurangnya satu entri. Tapi tak berdaya dah pun.. Penat sangat, kat opis keje bertimbun-timbun, balik rumah lagi banyak kerja. Hari ni tak nak cerita keje-keje kat opis. Nak berkongsi cerita tentang hari semalam, cerita yang menarik untuk dibaca.

Aku balik rumah macam biasa. Hari ni sempat singgah di pasar malam. Sebabnya puteri-puteri aku tu tidur, so tak pergi mengaji le jawabnya. Jadi mama ni sempat le pegi pasar malam. Beli nasi dagang dan yong taufu (betul ke ejaan mcm ni?). Anak-anak aku suka makan yong taufu ni.. (bukan semua yang dimakan, cuma makan sosej, crab ball dan fish ball aje). Jadi orang yang menjual ni dah kenal benar dengan aku. Lepas tu aku pun bali ke rumah. Sampai aje rumah, cepat-cepat tukar uniform (hahaha nak ke kebun timun la, takkan nak pakai baju opis kot...) Hari ni saja bibik aku dah jual 12kg. Ade orang datang ke rumah, so bibik aku le yang ke  petik timun tu. Aku pun meneruskan aktiviti memetik timun..Dapat dalam 23kg lebih.. 16kg aje yang cantik-cantik, yang lain kecik-kecik aja. 10kg aku hantar ke restoran kat area Rahman Putra, dan 6kg lagi aku hantar ke kedai sebelah rumah aku.

Aku membawa 3 puteri-puteri kesayangan menjual timun di area Rahman Putra tu. Masa balik, traffic light tu merah. Aku pun dengan selamba memintas ke jalan lain yang membolehkan aku sampai ke rumah dengan cepat. Bila melihat aku membelokkan kereta ke jalan lain, Angah sibuk menanya "Eh, mama nak gie mana ni?" Belum sempat aku jawab Kakak menjawab bagi pihak aku "Mama nak balik rumah le, mama nak cepat sampai.. tu yang mama ikut jalan ni".

Angah tak puas hati lagi.."Iye la, tapi kenapa mama lalu jalan ni?" Aku pun menjawab "Kan tadi lampu merah, tu yang mama lalu jalan ni". Angah dan Kakak dah tak tanya lagi. Tapi sibuk bernasyid dan cukup menginsafkan mama yang sedang memandu. Adik tak ambil kisah sibuk menyanyi lagu yang entah apa-apa. Mungkin anak-anak aku tak perasan lagu diorang tu mcm menyindir mama diorang yang dah melanggar lampu isyarat tadi. "Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu, tapi tak pula sanggup ke nerakamu..." Ni la bait-bait kata yang dinyanyikan oleh anak-anak aku semasa mamanya tidak mematuhi lampu isyarat yang merah tu. Moral of the story jangan langgar lampu isyarat, jangan tunjuk contoh yang tak baik kat anak-anak.

3 Little Princess

Charlies Angel
Habislah cerita satu bab yang menginsafkan jiwa dan raga tu. Ni kisah pada malam harinya pulak. Kakak dah menyiapkan homework untuk hari ni. Ada 4 semuanya, 1 Maths, 2 English dan 1 BM. Ade 2 buku tu aku yang terpaksa guide dia buat homework tu. Mana tidaknya, kena bina ayat. BM dan BI tu masing-masing kena bina ayat. Mama masa darjah 1 ke darjah 2 baru tahu nak bina ayat tu pun setelah cikgu yang ajar berkali-kali. Ni budah baru 6 thn dah kena buat ayat. BM tu perkataan yang perlu dibuat ayat - suap, daun, paip, tiup, main. BI pulak words yang diberi - mill, pill, hill, hop, top).

Abis aje keje sekolah, Kakak cakap kat aku "Mama boleh tak kakak nak tukar nama sebab nama kakak panjang sangat.." Sudah la kali ni. "Nape pulak kakak? Kakak nak nama apa?" Aku bertanya. "Kakak nak letak nama Farhana nama mcm kawan Angah". Entah sebab apa suka sangat ngan nama Farhana. Angah pulak marah-marah sebab kakak nak guna nama kawan dia. Macam-macam dengan budak-budak sekarang ni.. Aku pun memberi jawapan nak cover lin satu dan supaya kakak tak bertanya lagi. "Nama kakak kan sedap dah mama dan ayah bagi.. Annisa Nasuha, panggil Anis. Sekarang tak boleh tukar nama dah sebab kakak dah besar. Kalau ade dalam perut mama, boleh la tukar nama tu". Jawapan aku kali ni mungkin boleh diterima pakai. Dia pun menjawab "Ooo, kalau nanti mama ade baby lagi mama boleh tukar2 nama baby ye sebab masih dalam perut mama lagi kan?" Mana-manalah wahai anak-anak mama..
Top Princess

4 April 2011

Naik Gaji Lagi?

Salam kepada semua blogger-blogger tidak kira di mana jua anda berada. Di Malaysia, Indonesia, China, Australia, Rusia, Thailand serta pelosok dunia.

Hari ni aku sekadar nak berkongsi cerita ngan anda terutama yang mempunyai pembantu rumah atau lebih tepat lagi 'BIBIK'. Bukan nak memburukkan sesiapa tapi cuma ada sedikit rasa kesal dan kecewa ngan sikap pembantu rumah. Senang cerita la, pembantu rumah aku sendiri, bibik akulah ceritanya. Bibik aku ni dah bekerja ngan aku sejak 2006 lagi, dah masuk tahun kelima ngan aku. Tahun pertama dan kedua gaji yang aku bagi kat dia RM400. Masa ni aku ada anak sorang baru. Tahun ketiga naik RM50, tahun keempat naik lagi RM50, dah jadi RM500. Tahun ketiga aku dapat anak, tahun keempat aku beranak lagi sorang. Masa tu aku dok kat apartment 3 bilik aje. Pastu bila dah nak pindah ke rumah baru, kiranya tahun lepas le, dia mintak naikkan RM100 lagi. Hah sekarang gaji dia dah RM600. Sekarang ni  (bln 7) nanti, dia nak sambung lagi setahun, dengan selamba saja mintak nak naikkan lagi RM100. Amboi2 senangnya dia. Sebelum mintak naikkan gaji kena fikir betul2. Di sini aku senaraikan sebab-sebab aku tak nak naikkan gaji dia (aku dah cakap kalau nak naik pun maybe RM50).

Sebab Musabab Nak Kekalkan Gaji Bibik pada Kadar RM600:
  1. Aku dah belikan mesin jahit, dia boleh menerima tempahan daripada kawan-kawan aku. Kat sini 10 sen pun aku tak ambik (Dah boleh cari pendapatan tambahan)
  2. Dia bangun lebih lambat drpd aku. Boleh kira berapa hari sangat dia bangun awal dari aku. (Boleh ke dia nak cari majikan mcm ni lagi?)
  3. Kos hidupkan permit dia tak pernah aku mintak. Aku tak pernah potong gaji dia pun. (Orang lain dah lama potong pun)
  4. Tiket flight dia selama ni pun aku bagi free aje. (Sekali lagi aku tak pernah potong gaji dia lagi)
  5. Makan minum dia aku tanggung.
  6. Dia tak pernah masak untuk kami sekeluarga kecuali bila mak dan abah aku datang, tu pun baru tahun ni mak dan abah aku datang rumah kami!)
  7. Mop lantai pun sekali seminggu.
  8. Mesin basuh dan iron aku dah beberapa kali rosak. (Belum aku kira masa dok di apartment tu berapa kali tombol pintu rosak, berapa kali ntah sinki aku tersembat gara-gara dia!)
  9. Pernah cuai dlm menjalankan tugas, lalai dan menyebabkan anak kedua aku terkena air panas (nasib baik takde meninggalkan parut, kalau tak dah lama aku tak sambung permit dia!)
  10. Mengemas dengan ala kadar sahaja (Rumah aku mcm takde bibik aje sebabnya bibik aku kemas ala kadar, jadi kalau anda datang rumah aku jgn terkejut melihat pen, buku kat atas rak kasut, botol racun serangga di deretan rak pinggan, getah rambut anak2 aku penuh kat atas fridge - belum lagi kes pewangi kereta dok dlm fridge sbb nampak gamabr lemon disangkakan makanan!)
Ini beberapa alasan kukuh yang aku paling suka ngan bibik aku ni:
  1. Dia pandai menjahit, so upah baju aku dah save sikit melainkan jahit tepi aje kat luar.
  2. Suka-duka aku takde orang lain nak dengar melainkan dia sebab dia orang terdekat yang tinggal ngan aku.
  3. Kalau sakit, dia memang pandai mengurut.
  4. Anak-anak aku suka kat dia walaupun selalu mereka selalu kena marah sebab menyepahkan barang-barang dan selalu menumpahkan air.


Bibik aku bersama puteri-puteri kesayanganku masa di Palace of Golden Horses

Bibik ngan mak aku @ Bukit Bendera, Penang

Bibik, aku dan anak-anak @ I-City, Shah Alam
Jadi kalau anda berada di tempat aku, bagaimana nak selesaikan masalah ni. Aku dah berterus terang kalau nak naikkan gaji dia cuma RM50 aje tau. Kalau diikutkan senarai tu, memang banyak yang tak baik daripada yang baik. Tapi kalau secara jujurnya aku tak kisah mcm mana dia pun. Janji tak bawak anak aku lari sudah. Apa-apa pun bibik, aku harap kalau nak mintak naik gaji, kena waras sikit dong! Logik akal la sikit. "Orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa". Ermm.. tahu ke tidak pantun ni kalau aku kata kat dia ni????

15 Mac 2011

Botol Susu Memberi Ancaman Nyawa!

Salam kepada semua blogger terutama kaum ibu yang singgah di laman blog kesayangan aku ini.
Pagi-pagi dah dengar berita yang tak berapa enak untuk didengar. Mesti semua para ibu terpanggil untuk memasang telinga dan mata betul-betul dengan berita pengharaman botol polikarbonat pada Mac tahun depan (2012). Kenapa tahun depan ye? Aku pun tak terkecuali cuak dengan lead article di Berita Harian pada pagi ni. Mana tidaknya, puteri bongsu masih menyusu menggunakan botol. Tapi kalau dilihat gambar yang disertakan ni tentu anda dapat membezakakan yang mana satu botol polikarbonat. Pada pandangan mata kasar aku botol polikarbonat lebih lutsinar, kalau jatuh nyaring sikit bunyi daripada botol bukan polikarbonat. Rasanya harga botol jenis polikarbonat lebih murah di pasaran. Di sini aku petik beberapa perenggan daripada Berita Harian berkenaan bahaya botol polikarbonat untuk bayi dan kanak-kanak.


Botol polikarbonat sebelah kanan
INFO
Bisphenol A (BPA)
Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian      03-88833652/ 3653/ 3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my
Ibu bapa berhak menentukan pilihan terbaik untuk anak-anak.

14 Februari 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga, Kasih Bapa Sepanjang Usia..

Salam untuk semua blogger dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Malam ni mulanya nak berkongsi cerita tentang aktiviti di hari Isnin.Tercari-cari jugak topik yang sesuai nak dikongsikan bersama rakan blogger. Aku membuka emel dengan niat nak membaca emel yg baharu. Takde emel yang nak dibaca melainkan kiriman daripada kemas kini rakan-rakan di facebook. Aku membuka emel lama-lama, terbaca satu emel kiriman rakan sekuliah masa ambik master dulu. Emel tu pun drp kawannya mungkin. Kisah seorang ibu dan anak. Sedih sebenarnya.. tiba-tiba emel tu mengingatkan aku peristiwa Rabu lepas. Untuk pengetahuan anda, aku seorang anak tunggal. Mak dan abah aku takde anak yang lain melainkan aku. Aku pun sama takde mak dan abah lain melainkan mak dan abah aku. Eh, lupa pulak... Aku masih ade mak mentua...Sekarang ni mak dan abah aku bawak dari Sg. Bakap tinggal ngan aku kat Sg. Buloh. Ni kali kedua mak dan abah datang ke rumah aku. Kali pertama masa raya tahun lepas lebih kurang 2 bulan mak duduk kat umah aku. Masa tu abah masih sihat berbanding sekarang. Masa tahun lepas abah masih boleh mengesot ke bilik air menggunakan kerusi plastik. Kali ni abah tak dapat bergerak. Cuma sekali dua aje dia bangun sendiri dari katil ke kerusi malas yang terletak di sebelah katilnya. Waktu aku keje, mak cuma mengelap abah ngan tuala basah aja. Kesian tengok abah..
Berbalik kisah pada Rabu lepas.. Aku menghadiri kursus Train The Trainer.. Kiranya hari Rabu tu hari ketiga aku berkursus. Hari Jumaat dah nak buat presentation. Kiranya mcm sibuk la kononnya. TV pun tak tengok. Balik rumah sibuk menguruskan anak-anak dari segi homework yang banyak, dan sesi mengaji al-Quran. Balik aje rumah, menghadap laptop. Hari Rabu tu mak aku sakit, tapi bukan dari hari Rabu tu aje, sebelum-sebelum ni pun dia ada mengadu sakit ulu hati.. Aku syak mungkin gastrik la tu.. Hari Rabu tu dia dah nangis-nangis tak tahan sakit agaknya. Aku yang sedang sibuk pun dengan rasa berat hari membawa dia ke klinik. Tu pun sblm gie klinik sempat aku menyoal, mak kalau boleh tahan esok aja kita klinik (boleh pulak terkeluar soalan mcm ni). Sambil drive tu, mak diam aje. Mungkin terasa ngan aku agaknya, mungkin tekaan aku betul. Hish... menyesal pun ade jugak.. Ingat dulu masa aku kecik-kecik, masa aku pening kepala (masa tu darjah berapa ntah..) mak siap nangis lagi.. masa aku demam risau sgt dia, tanya jiran sana-sini petua nak cepat kebahkan demam. Masa aku nak masuk U dia nangis lagi, berat hati nak lepaskan aku ke Shah Alam. Masa aku kahwin sekali lagi dia nangis sebab anak dia telah menjadi isteri orang dan terpaksa berpisah dengannya lagi.. Masa aku nak bersalin dari anak pertama sehinggalah masuk anak ketiga, dialah orang yang paling risau, sampaikan niat aku nak menambah cahaya mata terpaksa ditangguhkan. Kalau ikutkan mak aku cucunya 3 orang dah cukup ramai sebab dia hanya ade seorang anak aje. Dia siap cakap lagi, sudah dah boleh stop tak payah nak beranak lagi sebab masa aku nak beranak dia tak dapat tidur memikirkan aku. Betul la, masa aku nak bersalin anak pertama tu baru aku tahu susahnya nak jadi ibu. Sekarang dia dah ade depan mata aku. Kenapalah aku ni laser sgt. Mak, maafkan aku! (Dalam hati ade keinsafan, tak mau cakap yang bukan-bukan, takut hati mak terasa lagi). Mak selalu berpesan, jaga anak-anak baik, selalu depan orang ke, depan anak-anak aku mak selalu memuji aku. Ada saja kisah-kisah zaman aku kecik-kecik yg masih segar kat ingatannya. Malam ni pun ade lagi pesanannya kat aku, tahun depan anak sulung aku dah nak masuk darjah 1. So dia pesan jgn biarkan anak-anak asyik ngan TV, takut pelajaran terabai. Masa aku kecik-kecik katanya aku asyik baca buku. Ye ke mak? Mak lupa kot... chek (aku membahasakan diri ngan mak dan abah) selalu ronda-ronda kampung, main ngan kawan-kawan ke sana ke mari.. Dulu jarang tengok tv sbb mcm2 boleh buat.. sekarang ni anak-anak tak biasa ngan panas, tu yg berkurung kat rumah...
Erm.. sekali lagi aku ke PMC. Mak diperiksa oleh Dr. perempuan. Ooo..gastrik rupanya, gastrik boleh serang kalau kita lapar dan kalau susah hati pun sama. Baru aku tahu, maybe mak selalu pikir nak jaga abah le, dan mcm2 lagi.. Eh, lupa pulak nak citer perkara lucu kat PMC. Masa register mak aku aku tulis nama mak mcm dalam ic... Cheam Yoke Eng @ Rohani Abdullah. Nurse kat PMC dok panggil makcik Cheam.. Hish.. kan ade nama Melayunya.. nape disebut nama Cinanya pulak? Aku membetulkan panggilan nama mak aku sebab mcm nak terbelit lidah nurse yg menyusahkan dirinya sendiri.. Panggil aje Rohani atau makcik Ani.. Kan mudah dan senang...

Ni gambar tahun lepas 2010.. masa gie Bukit Bendera

Pasangan romantik makcik Ani & Pakcik Hussin

Ni masa ade cucu sorang aje (date tu mcm tak betul la..)

Tengok tu tok siap beli rantai emas kat cucu sulung dia...

8 Disember 2010

Kindergarten biasa atau Smart Reader?

Assalamualaikum buat semua pembaca blog BicaraQasehAnneNoraini,
Sudah menjadi lumrah setiap kali hujung tahun dan nak masuk tahun baru, mula berlegar-legar kat kotak fikiran ni. Nak hantar anak ke sekolah mana? Masa anak pertama memang exited. Lagipun masa tu memang budget banyak yang lebih. Masa kakak 4 tahun, aku menghantar ke Tadika Alpha. Niat aku bukan nak memaksa anak jadi pandai.. Memadailah dia belajar berkawan-kawan. Masa kakak 4 tahun, Angah baru nak masuk 2 tahun, Adik baby lagi baru nak masuk setahun. Kiranya masa ni kakak baru nak belajar erti berkongsi. Tiba-tiba dari sorang dah jadi 2 orang adik. Ade aje yang tak kena. Dulu dia sorang aje. Bila dah ade adik 2 orang dia aje asyik kena mengalah...Siapa yang tahan? Mama pun mengambil langkah dgn menghantar kakak ke sekolah.
Bila hantar pegi sekolah, dia tak menangis pun. Memang dia seronok sgt gie sekolah. Alhamdulillah. Mama dia senang hati le. Bila dia tengok iklan Smart Reader.. dia nak pegi. Dah masuk 5 thn aku pun masukkan dia kat Smart Reader. Alhamdulillah, dia semakin bijak belajar. Tapi kadang2 dia masih lagi confius ngan subjek yg dipelajari. Mama pulak garang, stress habis rasanya jadi anak mama ni...Hehehe..
Tahun depan Angah dah 4 thn. Mama dalam dilema. Nak sekolahkan Angah kat mana ye.. Mama gunakan konsep yg sama dgn Kakak dululah.. 4 thn masa untuk belajar berkawan-kawan, belajar berkongsi, belajar A,B dan C.. Ayah dah survey sekolah, tapi mcm tak best aje. Memang yuran murah sesangat berbanding di Smart Reader. Tapi adakah Angah akan cepat belajar? Yuran dia RM70.00, van rm35.00, belajar dari 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Makanan tidak disediakan. Kakak memang ler mahal rm1080.00 sepenggal (3 bln.), van rm70.00, belajar dr. 8.15 pagi hingga 11.15 pagi makanan disediakan. Kalau ikutkan hati mama memang nak dimasukkan aje ke Smart Reader.. tapi buat masa ni tak buleh lagi.. bukan mama pentingkan duit, tapi mama dan ayah kena start saving. Duit dah byk dihabiskan kat rumah baru kita sayang... Ni ade masa lagi..
Nanti mama dan ayah survey tadika lain utk Angah. Lepas Angah mama dan ayah kena stand by pulak utk adik. Next year Adik 3 thn. Tahun 2012 Adik 4 thn. Masa untuk Kindergarten. Ni baru 3, pening2. Thn depan jugak mama plan nak pregnant... Hai nampak gayanya mama terpaksa buat calculation balik ni... Mama dan ayah akan terus berusaha bagi memastikan ketiga-tiga puteri mama akan menjadi insan yang berguna. Harapan mama agar anak2 mama menjadi anak yang solehah. AMIN...

10 November 2010

Perebutan Hak Penjagaan Anak

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan blog.
Hari ni saya nak berkongsi sedikit cerita tentang penjagaan anak-anak kalau berlaku penceraian. Dari pengamatan saya, selalunya kaum ibu lebih banyak nak dapatkan hak penjagaan anak. Mungkin naluri keibuan yang tinggi mendorong kaum ibu memperjuangkan hak untuk mendapatkan penjagaan anak.
Senario ini memang biasa. Kasih sayang ibu rasanya sukar digambar dengan kata-kata. Tapi berlainan pulak dengan cerita yang akan saya kongsikan... Entahlah.. mungkin dunia akhir zaman begini jadinya cerita ni.. Kejadian dan kisah ini rasanya cukup dekat dengan saya... Almaklum saja la.. Si pelakon cerita ini memang ada pertalian saudara dengan saya...
Kalau ikutkan hati saya mahu saja dipelempang si IBU ni.. Entahlah.. Dulu masa orang suruh belajar tak nak. Nak sangat kahwin. Sampaikan tak sempat nak ambik SPM. Kalau pegi sekolah macam2 alasan dibagi. Pening la, subjek susah la.. Tak nak jadikan pengajaran. Mak dia ditinggalkan suami masa umur si IBU ni setahun dek kerana ada orang ketiga. Secara logik akal si IBU ni kena la belajar bersungguh-sungguh, nak bantu mak dia. Tapi tak berakal jugak si IBU ni.. Akhirnya berkahwin di usia muda. Rasanya 16 tahun kot...
Lepas tu dapatlah anak..Dari seorang, kemudian dua dan akhirnya tiga. Ooo.. mungkin kahwin muda rasanya mereka bahagia. Bila dah anak tiga, suami si IBU ni buat hal. Tak nak keje, mula berbohong. Akhirnya rumahtangga yang dibina hancur berderai dengan penceraian. Dah bercerai satu hal.. Anak-anak mulanya dijaga oleh mak si IBU ni.. Si IBU ni rasa tak bebas. Maklum aja la.. dah jadi janda pada usia muda pulak.. Dipendekkan cerita, dia menyerahkan 2 anaknya kepada bekas suami dan dijaga oleh bekas mertuanya. Bila cuti sekolah anak2 tu balik ke umah mak si IBU ni..
Baru-baru ni saya balik kampung, mak si IBU ni mengadu kat saya. Katanya si IBU ni nak menyerahkan anak bongsunya pulak kepada bekas suaminya.. Ni yang menimbulkan kemarahan saya... Lupa nak dicerita.. Si IBU kini dah berkahwin lain. Menjadi isteri no. 2 kepada seorang Penjual Cendol. Opss.. maaf ya kalau ada sesapa yang terasa.. dan kini dah dapat seorang anak bersama suami barunya.
Mak si IBU ni menangis sampai takde selera nak makan. Adus.. terbakar jugak telinga saya yang mendengarnya.. Kononnya si IBU ni tak nak susah nak jaga anak bongsu yang akan bersekolah pada tahun depan. Ape ke bangang dan bengapnya si IBU ni...!! Ni memang patut dilempang..Mentang-mentang la dia senang nak beranak, senang pulak dia nak bg mcm tu aje kat bekas suaminya...
Jarang berlaku, tapi inilah hakikatnya... Semoga Allah mengampunkan dosa si IBU ni dan saya jugak yang menceritakan keaiban orang. Tapi ini sekadar berkongsi cerita sebagai renungan.. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy