10 Januari 2011

AJL 25 dan Jubli Perak

Salam pagi Isnin untuk semua blogger.

Macam mana dengan hari anda hari ini? Segar? Bersemangat? Berdedikasi? Proaktif? Aku hari ni sedikit mengantuk pada awal-awal pagi. Biasa ler bila waktu tidur dah melepasi waktu yang biasa. Waktu tidur aku pada hari bekerja ialah antara 10:00 hingga 10:30 malam. Memang dah rutin mcm tu.. Tak kira ade citer best ke mesti masuk tidur antara waktu yang disebutkan di atas. Paling lambat pun 11:00 malam, itu pun dah tertidur kat depan tv. Puteri2 aku pun mcm tu jugak ler.. Aku akan paksa diorg tidur. Hehehe.. rejim dan kejam kan mama ni... Kalau ade ayah diaorg mula lari schedule. Mesti anda tertanya2 nape suami aku kejap ade, kejap takde.. Untuk pengetahuan korang semua, I'm super mama.. coz husband keje kat offshore. 2 minggu keje, 2 minggu cuti. Itu tetang aku.
Berbalik citer kita tentang AJL semalam. Memang tabik habis le kat semua yang bertungkus-lumus menjayakannya. Personally memang aku suka sgt ler ngan semua persembahan, muzik, lighting.. Memang ade class! Persembahan pertama drp Yuna memang memukau. Suka tengok dia sweet sgt. Baju cantik, tudung cantik.. menyanyi pun memang sedap ler.. Nape tak menang ye? Adat ler tu pertandingan memang ada kalah dan menang. Hafiz memang aku puji suara dia.. tp yang paling best masa gimik persembahan dia tu.. memang aku panik habis.. Best memang memang best giller... Masa persembahan Faizal Tahir itk lagu hanyut tu aku x sempat tengok dr mula.. dok sibuk memaksa anak-anak tidur. Tahu2 aje dah duduk dalam sangkar tu.. Masa sblm tu dah nampak si Ana Raffali dok dalam sangkar, kemudian nampak pulak si Faizal dok dalam penjara pulak.. Hehehe.. kelakar pulak. Tapi memang aku puji AJL 25 memang hebat! Nak jugak berkongsi kegembiraan menyaksikan AJL.. walaupun hanya di kaca tv..Persembahan penutup tu best kan... Aku suka Dato' Siti Nurhaliza aje. Memang sedap suara dia.. smlm siap menari lagi...Memang hebat ler..Mcm mana dengan anda yang menonton? Hebat tak AJL 25 smlm? Ingatkan Yuna menang vokal terbaik.. Hafiz yang dapat... Ingatkan Persembahan Terbaik lagu Selamat Malam... Hanyut yang menang.. Ingatkan Cinta Sempurna jadi Juara... kemenangan berpihak kepada lagu Tolong Ingatkan Aku... Anyway tahniah untuk semua... tahniah jugak kepada lagu indi Drama King..Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Kusangka inilah JUARA AJL 25- Yuna Zarai.. Ramalanku meleset!

Inilah JUARA AJL 25-Ana Raffali

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy