8 Januari 2011

Kecantikan Tanpa Plastik

Salam buat semua pembaca BicaraQaseh yang tidak jemu-jemu membaca blog aku ni.
Hari ni nak mengajak anda semua baik lelaki ataupun perempuan membaca kisah kecantikan. Hari ni aku sempat berjalan-jalan di One Utama. Niat utama nak membeli bekas makanan Angah kat Jusco. Lame jugak memilih.... dulu masa beli kat kakak cantik aje dan senang nak bukak yang pentingnya. Budak-budak tahu aje la.. bukan pandai nak guna bekas "tupperware" mamanya. Katanya susah nak tutup. Jumaat lepas abis nasi goreng tumpah dlm beg. Jalan punya jalan akhirnya jumpe. Aduh mahl pulak ye.. RM16.90. Berbaloi ke budak 4 thn guna bekas ni? Ok jugak ler.. tapi mama harap jgn hilangkan pulak. Dah ambik bekas makanan, charlies angel aku mula nak membeli itu dan ini. Mahu tak mahu terpaksa dibelikan ler.. Diaorng memang suka menge"paw" mama diaorg. Masa jalan2 ngan ayah takde rase nak beli ape2. Mama selalu hairan. Tapi nak buat mcm mana.. tak dibelikan merengek sepanjang jalan, aku ni banyak destinasi lagi ni.. Ni barangan yang diaorng shopping menggunakan duit mama diaorg. Masa nak gie bayar baru teringat, hari ni hari Sabtu (hari tanpa plastik). Selalu ingat aje nak bawak beg lain.. hari ni lupa pulak. Bibik pun lupa jugak. Terpaksa membayar 20 sen utk satu beg plastik. Ni ler brg2 yg dibeli di Jusco, OU buat hari ini. Nanti kalau dah rosak mesti mintak lagi ni..

Selesai aje membeli barang2 puteri2 aku tu, aku berjalan ke salon kuku. Dah lama benar aku tak membelai kuku aku ni. Kali terakhir pun masa mengandungkan Angah. Hish dah lama tu. Ingat lagi masa tu aku beli baju kat Modernmom, so dapat free buat manicure. Aku buat manicure dan pedicure. Best giller sebab ade orang tolong potongkan kuku tangan dan kaki. Pastu siap sental daki-daki dan kulit kering kat kaki kita. Bila lagi nak cantikkan diri tanpa pembedahan plastik.. Hehehe.. tak sesuai sungguh kan.. Inilah dinamakan kecantikan tapa plastik! Bayaran bagi kecantikan kuku aku pada hari ni ialah RM95.00- RM30 bagi manicure (kuku tangan dan RM65 bagi pedicure bahagian kaki).Balik dr OU, aku gie The Store pulak. Bukan nak shopping lagi, tapi nak gie potong rambut. Aku memang suka potong rambut kat kedai ni. Sampai amoi (bos kedai gunting) dah tahu mcm mana nak gunting rambut aku. Bagi gunting rambut dan cuci kosnya ialah RM30.00. Dah semakin mahal skrg ni. Nak buat mcm mana memang aku suka gunting rambut kat sini. Kiranya hari ni memang hari aku menjaga kecantikan dari hujung rambut sampai hujung kaki ler... Ni

Hasil ke salon kuku

aktiviti yang aku buat setahun, eh bukan setahun banyak2 tahun sekali. Abis potong rambut sempat membeli scrub kaki dan mask kat Guardian. Habis duit lagi.. Jom sertai aku kecantikan tanpa plastik. Hehehe..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy