14 Mac 2011

Tsunami di Jepun, Kenaikan Harga Barang di Malaysia

Salam kepada semua blogger.
Hari ni pagi-pagi tadi terdengar di corong radio kegemaranku mengenai larangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada peniaga agar tidak menaikkan harga barang ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun. Aduh! Apa kisahnya ni? Kenapa pulak nak naikkan harga barang sedangkan Jepun bukanlah pengeksport terbesar barangan harian ke negara kita? Asal ada bencana, nak naikkan harga barang. Asal ada perayaan, nak naikkan harga barang.
Sebelum aku membebel ke episod seterusnya, aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan takziah kepada penduduk Jepun yang dilanda tsunami pada hari Jumaat (11 Mac 2011) lepas di samping sanak-saudara dan kaum keluarga di Malaysia yang kehilangan orang tersayang kerana berada di negara matahari terbit itu. Tiga wilayah iaitu Miyagi, Iwate dan Aomori, teruk dilanda gempa bumi di Tokyo. Berikutan itu amaran tsunami telah dikeluarkan di beberapa buah Negara termasuk Filipina, Indonesia, Papua New Guinea dan Fiji.
Menurut Datuk Seri Ismail lagi dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, , ia berbeza dengan kenaikan harga barangan seperti bawang merah, bawang putih dan kentang baru-baru ini yang disebabkan negara pengeluarnya iaitu China dan beberapa negara Eropah dilanda banjir dan bencana alam. Sekarang dah sah-sah Jepun bukan penyumbang terbesar dalam mengeksport barangan harian. Jangan pulak lepas ni ada peniaga yang SENGAJA naikkan harga barang dengan alasan tsunami di Jepun. Kita sebagai pengguna jangan terpengaruh khabar-khabar angin serta cakap-cakap kosong dan termakan bulat-bulat kata-kata peniaga yang sememangnya mahu UNTUNG.
Fenomena yang melanda dunia pada masa kini jangan dilihat sebagai pembalasan Tuhan kepada umat-Nya sebaliknya kita perlu menginsafi diri dan melafazkan kesyukuran kerana negara kita aman damai, berdoa agar kita dapat menghirup udara yang segar tanpa perlu berasa gusar dengan kejadian yang tidak diingini. Amin ya rabbal 'alamin.

Secebis kenangan pahit, peristiwa tsunami di Jepun pada 11/03/2011
Tsunami bukan alasan menaikkan harga barang-barang keperluan harian

Pengguna berhak menentukan pilihan sendiri!

(Sumber gambar: Google Images)



Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy