31 Mei 2011

Kandungan Luar Rahim..

Salam sayang untuk semua blogger.
Aduh! Sakitnya perut.. Kalau korang tengok tajuk entri tu, mesti korang ingat anak-anak aku yang dilanda kekembungan. Bukan anak-anak tapi mama diaorang... Macam nak tercabut jugak nyawa ni menahan sakit pagi tadi..(3.52 pagi) Kejadian ni minggu lepas..tak sempat nak publish... Tiba-tiba aja perut rasa ditarik-tarik, nak buang angin tak boleh. Menahan kesakitan sorang-sorang, tengok anak-anak lena diulit mimpi mungkin. Aku mengambil balm panas menyapu di perut sendiri. Akhirnya terlena sampai k pukul 6.00 pagi. Bangun mandi dan pegi keje macam biasa. Kalau ikutkan perut yang sakit ni.. memang tak nak gie opis..ditambah dengan cuca hujan lagi.. Tarik selimut memang best ni..Orang kata kalau kita sentiasa berfikiran positif, mesti sepanjang hari kita aka menjadi ceria dan positif jugak. Kembung perut sikit aje, kalau boleh berjalan, boleh makan kiranya ok lagi le tu..(Cuba positifkan diri, motivasi diri sendiri).

Bila sakit perut macam ni teringat peristiwa 22/3/2008. Masa ni aku pregnant anak ketiga, usia kandungan baru 2 bulan. Angah kecik lagi masa ni.. rasanya 1 thn ++ aje.. Masa disahkan pregnant tu, aku memang panik habis, apa tidaknya baru aje lepas caesarian kat Angah dah pregnant pulak. Kalau caesar at least 3 thn baru boleh pregnant balik. Bila aku rasa pening kepala berpusing-pusing, memang pregnant le tu. Tapi masa pening tu konon-konon tak nak menerima kenyataan diri dah berbadan dua. Aku gie klinik, mula-mula samar-samar aja keputusannya, tapi akhirnya doktor mengesahkan aku hamil. Masa tu jalan macam tak berpijak di bumi yang nyata. Memandangkan aku dah berbadan dua terus aja aku ke PMC (Putra Medical Centre).. Tak nak ke hospital kerajaan (takut dimarah oleh doktor sebab "termengandung"-buleh ke istilah ni?) Doktor kat PMC rileks aje, jadi aku pun tak la panik sangat menjalani rawatan sepanjang proses kehamilan kali ketiga.

Namun pada tarikh yang aku katakan tadi, aku mengalami sakit perut yang tak dapat aku gambarkan. Kalau bleeding mungkin tanda-tanda keguguran. Perut kembung takleh nak keluar angin. Dah minum ENO, tak jalan jugak, minum air bergas pun macam tu jugak..Nasib baik masa tu Encik Suami ada. Malam tu keadaan aku bertambah teruk, dan Encik Suami terpaksa memapah aku ke klinik. Doktor pun membuat CTC scan, tapi tak pasti sangat punca yang menyebabkan aku sakit. Keesokan harinya aku sekali lagi discan oleh Pakar Scan. Keputusannya aku didapati mengandung luar rahim dan juga berkemungkinan satu janin lagi berada di dalam rahim. Doktor pada masa tu berkata kejadian ni jarang-jarang berlaku 1:10,000. Memandangkan tiroid aku tinggi, doktor di PMC tak nak mengambil risiko. Aku dihantar ke hospital kerajaan. Di sana, aku dimarah habis oleh doktor. Macam-macam dikatanya aku ni.. salah satunya, ada pelajaran, bekerja tapi tak pandai nak plan utk pregnant. "Oii.. doktor, aku pun tak sangka nak jadi macam ni.."(Merungut dalam hati aje ni!).

Akhirnya aku dibedah dan satu tiub fallopian aku dah pecah dek kerana kandungan luar rahim. Dan akhirnya juga tiub fallopian sebelah kiri aku terpaksa dibuang. Kes ni dikira mcm keguguran le.. Aku dapat mc 45 hari.. Sblm discharge, aku suruh doktor scan dulu memandangkan doktor di PMC kata berkemungkinan aku pregnant kembar, satu di dalam rahim satu di luar rahim.. Tapi doktor tu degil.. Macam ni dialog dia ngan aku.
Aku: Doktor, tak nak scan dulu ke, saya nak pastikan baby saya yang dlm rahim tu..
Doktor1: Puan, takde ape nak scan lagi.. tiub fallopian puan dah pecah kami dah buang pun..
Doktor2: Ye puan, puan dah takde baby lagi..puan dikira seperti keguguran la..

Akhirnya aku discharge tanpa discan dulu..Aku balik kampung dengan gaya orang lepas keguguran la.. yang menjadi kemusyikilan, naluri aku tu lain. Selera tu tak macam org berpantang.. Nak makan limau masam, dan yang paling pelik aku siap masak tom yam lagi.. Mak aku dah marah-marah.. Katanya orang berpantang boleh makan mcm tu ke? Hehehe.. dah selamat 45 hari aku balik ke KL.. Aku ke PMC sekali lagi.. dan setelah discan, apa yang terjadi???
Doktor: Alhamdulillah, baby puan sihat..dah 3 bln lebih ni..
Aku: terlopong.. baby?
Doktor: ye baby puan dalam rahim ni..

Cuai betul doktor di hospital tu. Memang sah aku pregnant twin.. Kejadian ni 1:10,000.. Maha Suci Allah yang Menciptakan Manusia..hamba Allah yang sebaik-baik ciptaan-Nya.. Alhamdulillah.. aku melahirkan seorang bayi perempuan yang sempurna pada 9 November 2008.. Adriana Nadrah (3.7kg - caesarian).

3 Komentar Terbaik

31 Mei, 2011

lagi info tentang kandungan luar rahim di SIHAT SELALU - Mengandung di Luar Rahim

04 September, 2016

Sy pun sama.... 1 dlm rahim.. 1 luar rahim...

12 Februari, 2019

salam puan, adakah anak puan yg dlm rahim selamat?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © BicaraQaseh. Designed by Whitey Mommy